Bonjour! Comment allez-vous?
Kat Malaysia ni mmg unik. Takyah tgk bende2 besar. Takyah tgk bende2 yg gah. Cuma tgk pada food kita jer dah cukup. Pasal food pulak, takyah la nak tgk dish yg superb, mcm pelbagai jenis nasi, noodles, roti canai dan bagai. Try kita tgk yg kecik jer, dah cukup. Food ni mayb for some of us nampak remeh, nampak lekeh, nampak kampung. Tapi itu lah yg buat kita unik. Kalau pegi oversea, bende yg kecik, yg remeh, yg lekeh ni la yg kita cari. Kalau balik Malaysia, baru la trasa apa yg kita miss sgt time pegi oversea. Apa ek? It's our special condiments. Yes, condiments - sauce or seasoning added to food to impart a particular flavour or to complement the dish. Mesti uols dah boleh agak kan? kalau takde salah satu dr ni, mmg makan tuh rasa biasa jer la. kalau ada, boleh tambah sampai tiga pinggan! Jom kita tgk sesama:
Budu
Condiment #1 - Budu (Fish sauce)
Kalau makan nasi kerabu, mesti la kena letak budu nih. Or else rasa tak complete jer. Kalau balik umah my parents, budu mesti ada. My dad takde selera kalau takde budu. Bukan budu kosong tau. Budu tu kena served with cili pagi, limau nipis and kalau ada tempoyak, letak la skit dlm mangkuk tuh. Tgk la pix kat atas ni, camnie la cara nak hidang. Kalau kena lak ada ulam, masakan ikan singgang, nasi panas2.. fuhhh mmg ngam habes la. Budu ni mmg signature dish org Kelantan. Tapi RedBerry tau, ada jugak yg tak makan budu. In fact ada jugak org kelantan sendiri tak makan budu. Ada la kot personal reason. Ye la, mcm2 citer dgr cara org buat budu nih. RedBerry taknak citer and in fact taknak tahu :P. As for me, kalau ada depan mata, mmg RedBerry ngap jer. Penambah selera. *grin* Tapi i have to admit, kat umah sendiri skang pun, RedBerry takde stock budu. Kahwin ngan org bukan kelantan, takkan kita sorang nak makan budu ye tak? So kalau nak makan, mmg balik umah my parents or beli nasi kerabu ler :) Budu main ingredient - fish.
Sambal Belacan Mangga
Condiment #2 - Sambal belacan
Being a Malaysian, kalau tak makan sambal belacan mmg tak patriotik la! Hahhaa... kalau kat overseas, bende yg paling kita rindu time makan is sambal belacan. nak2 pulak dapat sambal belacan mangga muda. Fuhhh! Kalau ada depan mata, mmg tak sah tak amik skit. Tapi kena tgk jugak kalau sambal tuh diblend skali ngan belacan murah, mmg tak sedap. Hidung pun jd gatal. Tapi kalau kena belacan yang berkualiti mesti superb! But again, ada org tak makan sambal belacan. Not so much of sambal, tapi the belacan tuh. Ada org alergik, mcm RedBerry dulu2, zaman student, RedBerry tak makan sebab alergik. Makan skit, 'jururawat' kat muka nih naik berketul2. Muka jad gatal. Yg tu takleh kata tak patriotik la kan. Sah2 kalau makan menyusahkan hidup. But alhamdulillah, since dah 'matured' ni, hormone pun stabil la skit, dah boleh makan sambal belacan, provided that belacan yg ada kualiti la. So far kalau belacan pure from Melaka mmg sedap. Kalau uols lum tahu, actually belacan ni dibuat dr udang geragau dan garam. Sambal belacan mangga main ingredient - belacan, cili pagi, bawang dan mangga muda.
Sambal Tempoyak
Condiment #3 - Sambal tempoyak
Woohoooo! Kalau uols tak makan durian, mmg rugi la! Ohhh bukan Duran Duran... ini Durian yg pure! Ada org yg takleh bau durian pun, so camna nak makan tempoyak kan? Yes. Tempoyak dibuat dr durian, beb. Sapa suka durian, biasanya akan suka tempoyak. Tempoyak mmg signature dish org Perak. Sebut jer sambal tempoyak, mesti ingat org perak. Tempoyak actually byk guna nye. Makan camtuh jer ngan nasi boleh, letak dlm masakan pun boleh. Org Kelantan guna tempoyak dlm budu, org Pahang guna tempoyak masak gulai ikan patin. Tell me, kalau kat overseas, uols boleh jumpa ke sambal tempoyak? Nak beli durian pun susah, kalau ada pun mahal yg amat. Sambal tempoyak main ingredient - Durian!
Cencalok
Condiment #4 - Cencalok (Prawn sauce)
Cencalok dibuat dr udang geragau and it's signature dish for org Melaka. Kalau uols pasan, condiments from Melaka mostly dibuat dr udang geragau kan? Ye la, tgk la belacan pun dibuat dr udang geragau. Udang geragau ni mmg sodap kot. Anyway, to be honest, RedBerry takleh makan cencalok. Dunno why. Mayb sebab fobia kot nampak udang berketul2 coz zaman2 kecik RedBerry allergic seafood. Yes, allergic seafood. Kalau makan skit, naik bengkak2 kat seluruh badan. Yg paling parah kalau dah naik bengkak kat mulut and mata. Fuhh bahaya tul la! Tapi alhamdulillah, since RedBerry dah (again) matured ni, RedBerry dah boleh makan seafood. Cuma kalau tgk cencalok nih, rasa semacam. Org kata masin. Ye ke? Cencalok boleh digunakan dlm masakan jugak. Ada RedBerry pernah baca somewhere, ada jugak yg taruk dlm telur dadar ek? Cencalok main ingredient - Udang Geragau.
Kalau kita tgk sumer kat atas tuh fermented condiments. Ye tak? Pulak tu kaya dgn khasiat PROTEIN. That's why la kita bijak. *chuckle* Malaysian kalau pegi belaja overseas pun boleh dapat best students. Jgn ingat mat salleh tu lagi pandai dr kita tau. So rahsia nye... our exotic food! *grin* We should all be proud being Malaysians.
Ok la. See ya in my next entry! Ciao!
Till then.. a bientot!
RedBerry
No comments:
Post a Comment