Saturday, October 2, 2010

Nostalgia Citer Jepun

Bonjour! Comment allez-vous?

Kalau uols were born in 1970s and membesar di era 1980s, mesti uols tahu apa yg RedBerry citer dlm entry ni. Dok bersembang2 ngan kawan2, sekali tingat pasal citer2 jepun yg mmg kasik penangan yg kaw kaw punye masa zaman membesar tuh. Dulu2 citer alih bahasa mmg glamor habis la di antara kita. Antara citer2 yg mmg berhantu zaman tuh ialah Moero Attack, Chiaki, Oshin, Rin Hani Koma, Gaban, Kesatria Baja Hitam, Ultraman Ace... the list goes on and on. Tapi my all time fav are Moero Attack and Chiaki. Satu lagi Oshin. Jom kita mengimbas kenangan lalu!

Moero Attack

Citer ni yg paling berhantu! Bukan berhantu camna, tapi memberi kesan yg mendalam dlm idup RedBerry (Rasa nye ramai yg giler kan citer ni zaman2 tuh). Kalau sebut jer Moero Attack and dibesarkan di Malaysia zaman 1980an, mesti tahu pasal ni. Tipu kalau tak tahu *grin*. Citer ni pasal this one gurl nak cari mak dia. If i m not mistaken mak dia pun ada power mcm dia. So dia pun masuk la volleyball team nih. So actually citer ni suka duka dia nak jd pemain volley yg hebat. Dah lupa camna ending dia. Anyway, RedBerry dulu siap brangan nak jd Chun. Chun was the heroin in this series. Kalau lari, mesti lari mcm Chun. kalau nak lompat, mesti lompat mcm Chun. Trademark yg paling gempak, everytime Chun nak spike bola mesti dia buat SOMMERSAULT BERPUSING! Kalau nak spike tuh mesti sebut, "PIRING BERPUTAR" (sumthing like that). Kalau nak ikat rambut mesti tocang dua, baru leh jd Chun. Mmg dulu tak miss tgk episodes kat tv. Skang pun RedBerry still terngiang2 the theme song citer nie. Mmg berhantu kan. Ingat tak, iklan citer nie UBAT BATUK CAP IBU DAN ANAK? hehehe *chuckle* yesss of coz RedBerry ingat. Sebab citer ni lah, RedBerry jd volleyball player kat skolah. Mmg try nak buat sommersault berpusing, tapi kena menerima kenyataan bhw takkan dapat nye nak lompat dan pusing mcm Chun. Satu lagi fav Chun, masa nak buat latihan dia mesti melekat kat dinding upside down. Fuhh yg tuh sampai skang RedBerry takleh buat! SOMMERSAULT BERPUSING!

Chiaki

Chiaki ni citer suka duka seorang gadis yg bercita2 nak jd stewardess. So sepanjang training tuh mcm2 la kisah pasal dia as a trainee, kisah cinta dia ngan trainer dia yang hensem, Cikgu Hiroshi. Tapi kalau tingat citer nih, tak sah kalau uols tak ingat pasal lagu yg selalu Chiaki and the geng nyanyi for Cikgu Hiroshi. It goes sumthing like this:

Cikgu Hiroshi Cikgu yang baik hati
Orangnya pun sangat tampan sekali
Dia penyayang, pemurah, sungguh berani
Siapa yang dapat dia sungguh beruntung
CHIAKI!

Hahaha... tgh2 taip ni pun, RedBerry nyanyi and gelak sorang2. Ingat tak uols, tunang Cikgu Hiroshi, Cik Mariko Shinto! Hahahah... siap ingat nama penuh lagi. Apa tak nye, she's such an evil. Benci! Tak suka tgk dia. Ada jer muslihat dia nak buat. Everytime nak mintak simpati ngan Cikgu Hiroshi, mesti dia tarik gloves dia ngan gigi. Nak tunjuk tangan palsu dia. Ingat tak!! Hahaha... Aduihh... citer ni takde la kasik penangan kat RedBerry nak jd stewardess ke apa, tapi kasik inspirasi nak ada bf or hubby yg tua and hensem just like Cikgu Hiroshi! Hahahaha... giler? yesss... dulu berangan tak ingat!

Oshin

Citer Oshin nie kenangan RedBerry ngan my datuk & arwah nenek (al-fatihah). Citer ni paling lama, episode paling byk dlm sejarah citer jepun yg ditayangkan kat Malaysia. Apa taknye, citer ni pasal Oshin dr kecik sampai la tua. Tgk gambar kat atas tuh, ada tiga org kan? Yup sumer tuh Oshin. Masa dia as a teenager, as an adult Oshin and as a nenek Oshin. Citer nih mmg sedih la. Oshin selalu kena dera jer. Lupa dah ending camna. Tapi for sure, everytime Oshin dah nak start, mesti atuk and nenek RedBerry panggey tgk sesama. They all mmg fan #1 citer nih. Hahaha.. Oshin Oh! Oshin. 

Di antara 3 ni, mmg RedBerry peminat setia Moero Attack *chuckle*
Ni la antara kenangan masa skolah.... see ya in my next entry!

Till then.... à bientôt
Red Berry



4 comments:

amin mursyidi said...

betulla redberry... thanks coz buat entry nih... terngiang2 gak ni...

RedBerry said...

Hi Anis (or should i address you differently? lemme know)

Salam kenal ye... hahaha mmg boleh layan la nostalgia zaman2 dulu. Esp citer2 yg kita tgk balik sekolah.

Which one is ur fav? Tell me..

anis tasnim said...

salam kenal.... yup, u can call me anis... n U?
betul... petang2 mesti tunggu citer tu.. I sampai kena bar dari ambik exam sekolah agama sebelah petang sebab asyik ponteng je... haha... U ada apa2 kisah x dengan citer nih?
I paling suka moero attack la... sgt nostalgia..

RedBerry said...

Hi Anis, Sama la kita. Moero Attack mmg kasik penangan giler. Siap nak jdi mcm chun tuh.. haru tul.. hahhaa