Saturday, October 2, 2010

The eyes... the mirror of the soul

BonjourComment Allez-Vous?


Tell me who does not want a pair of beautiful and healthy eyes? RedBerry pun selalu jer ada problem ngan mata nih. Masalah rabun tuh, tak boleh nak buat apa. Org kata kalau makan carrot or minum carrot susu, lama2 rabun tuh boleh kurang kan? Perhaps RedBerry lum usaha betul2 nak kurangkan rabun. Tapi kalau rabun, jgn dibiarkan lama. Pegi check and pakai la spec. kalau taknak pakai spec, boleh try contact lens. Jgn biar rabun jer. Lama2 makin teruk.

RedBerry bukanlah pakar nak citer pasal masalah mata or anything like that. Tapi entry nih, RedBerry nak share apa yg uols boleh buat kalau nak dapat sepasang mata yg cantik dan sihat. Antara masalah yg biasa ler kita dok complain jer ialah dark circle, eyebags and for those who are over 30s.. yg paling risau wrinkle!!!. Mmg byk skin care or beauty products kat luar sana yg dapat menghilangkan or cover masalah ni sumer. Tapi why not kita sesama buat home spa treatment. Murah pun murah. Entry ni pun actually nak pujuk diri RedBerry amalankan petua2 ni.

1) Remove eye makeup
RedBerry tau. Kdg2 kita malas nak cuci muka betul2 kan? Sekadar cukup syarat jer. As long as rasa tak berminyak, ok la tuh. Tapi kan, time uols cuci muka tuh, jgn la pulak lupa part mata ye. Kalau guna facial wash jer mmg susah nak tanggal eye makeup. So try la cari eye makeup remover. RedBerry guna Bobbi Brown cleansing oil nak remove makeup. 
Tak semestinye uols beli yg nih kan tapi kalau uols nak tahu pasal cleansing oil ni nanti RedBerry blog abt it in another entry ye. 

Lepas uols dah remove makeup, cuci bersih2 muka dengan uols punye fav facial wash, sapulah eye cream, so takde la lepas cuci tuh kulit kat bahagian mata tuh kering ye tak?


2) The power of cucumber and teabag


Petua nih dah lama kita tahu kan? Tapi malas jer nak amalkan. Mmg elok kalau nak hilangkan dark circle. Cara nye senang jer, uols potong (slice) timun yg disimpan dlm fridge. Sebab biler timun tuh sejuk, mata pun jadi selesa. Then uols tekap jer kat mata for 10mins gitu. Kalau takde timun, uols ganti ngan teabag. Lepas minum teh, jgn la uols buang teabag tuh ye, simpan kejap dlm fridge kasik sejuk, then amik tekap kat mata. RedBerry pernah gak buat cara nih biler mood rajin tuh dtg. hehe.. Satu lagi kan, uols boleh amik ice dan tekap kat mata sambil urut la skit mata tuh ngan ice. Kalau uols tgk kan, apa2 yg sejuk boleh membantu mata kita jd sihat dan segar! Senang jer kan? 


3) Protect ur eyes
Kat Malaysia ni kalau time panas, mmg berasap. Kalau time hujan mmg basah lencun. So time uols jalan2 kat luar tuh, why not pakai sunglasses. I know, kalau kat kampung org akan kata kita sombong, berlagak or mcm2 lagi kan kalau we put on sunglasses. Tapi atas niat uols lah. Mmg tak dapat deny la kan, ada org mmg pakai sunglasses mmg nak berlagak. Tapi kita jgn la ek. Buat apa nak berlagak, tak faedah pun. Uols niat la pakai sunglasses tuh to protect ur eyes. Mata pun takde la kena sakit kalau dok tgh2 panas ye tak? Kalau biar jer camtuh, kulit kat area mata pun jd kering dan mudah berkedut. Taknak kan? Tapi kalau uols taknak jugak pakai sungalsses, why not uols try payung or topi. As long as mata tak kena direct sunlight tuh... shud be ok lah.  

4) Drink plain water

Mesti byk minum air. RedBerry pun kalau kat opis selalu termiss nak minum plain water byk2. Org kata 8 glasses per day baru ok kan? tapi kalau tak mampu nak minum sebyk tuh, try la minum seberapa byk yg uols mampu. Ada jugak yg kasik alasan, "malas la minum byk2, nanti asyik ke Mr Loo jer"... RedBerry tak kisah kalau asyik berulang ke Mr Loo tapi mmg kalau Redberry tak cukup minum, muka RedBerry pun nampak kering sgt. Pulak tuh kita keje dlm aircond kan? Lagi la kulit kering. Minum plain water ni boleh prevent mata cepat berkedut jugak sebab kulit kat area mata pun jd kering kalau kurang air. Selain tuh, Vitamin C penting. Ada jugak petua dlm air suam perah limau nipis ke lemon ke... no sugar please.


RedBerry try amik petua2 yg senang jer uols boleh buat. Kalau ada anak pun takde masalah nak buat semua nih. Kita takde alasan la taknak buat kan? So kalau uols nak dapat mata cantik, try la petua ni ek? Good Luck!

See ya in my next entry.


Till then..... À Bientôt!
Red Berry

No comments: