Sunday, January 2, 2011

Shanghai - 19th Dec 2010 : Part I

Da jiao hao!

Ok in this entry, RedBerry akan citer mana RedBerry pegi on the 3rd day in Shanghai. Mcm biasa, bgn pagi2 lagi, bersiap terus pegi breakfast. 3rd day nih mmg lagi byk nak pegi jalan2. Dah ada dlm list. So awal2 lagi, Mr RedBerry tahan cab. I just followed him, tak tahu nak pegi mana. Perut pulak meragam masa tuh. Mayb makan ayam masak pedas yg mmg pedas tuh kot. Tapi nasib baik biler dah masuk cab, perut dah ok. Fuhh... buat risau jer perut nih :D So biler dah naik cab ni, baru la betul2 boleh tgk Bandar Shanghai yg amat besar dan moden itiewww!! RedBerry ingat kan.. alaa China is China la kan.. takde la moden benor. Tapi biler dah on the road, tgk bangunan kiri kanan yg tinggi aka pencakar langit, and the elevanted highway yg bersimpang-siur. Kalah KL! Again, KL kecik... Shanghai besar kan.. but still.. teramat la moden nye Shanghai ni. Plus.. kat sana mana ada PLUS (hiway).. mana ada Toll, beb! Ohh nanges RedBerry mengenangkan kita.. yg ada toll.. uwaaaaaaa. Cab kat sana tak cekik. Biasa la. Mampu la nak naik. Compared to London and Paris, mmg cekik darah la kalau naik cab kat sana. Hehehe...

Biler dah cab stop, rupanye kami sampai ke Long Hua Temple / Long Hua Pagoda. RedBerry tersengih2 masa tuh. Jakun gak tgk pagoda yg dah berusia  over 1700 years! Tapi pagoda tuh maintain cun, beb. Nampak klasik jer. Awet muda :P 

Long Hua Pagoda

Lepas tuh, we all amik cab lagi pegi ker Xin Tian Di! Ohhh i love this place! Mmg klasik habes. Kalau uols jalan2 kat sni, uols boleh rasa a mix of Shanghai in the 1920's and modern urban lifestyle. Bangunan still zaman2 dulu, tapi kat sini byk cafe western. RedBerry suka sgt tempat nih, trasa romantik sgt time jln2 ngan my dearest husband.

Xin Tian Di is located in the center of Shanghai City south of the Middle Huaihai Road. It has become an urban tourist attraction that holds the historical and cultural legacies of the city.

Shanghai Xin Tian Di is a fashionable pedestrian street composed of shikumen-style buildings and modern architecture styles.

Jom tgk gambar!

In front Starbucks at Xin Tian Di 

Classique!




I was trying baca signboard 

Pak polisi, smile!!!

Tgk gambar pak polisi tuh, RedBerry gelak sorang2. Nasib tak saman kan? Hahhaa... Cute! Xie xie ni, for the photo pak polisi. :D Lepas habis bercanda di Xin Tian Di, we all berjalan terus ke Huaihai road. Weather ok, tak sejuk and tak panas. Just nice nak jalan2 beromantika.. hikhikhik. Huaihai road ni mmg tempat kedai2 branded, luxury brands. Kalau kita kat KL nih, mcm bukit bintang la u. Cartier, Dior, Prada, Louis Vuitton, Tiffany.. u just name it! RedBerry nak sgt pegi sana coz nak cari satu tempat nih. Jalan punye jalan, sampai kena cross the overhead bridge yg besar kat area tuh.. baru la RedBerry nampak bangunan ni!!! It is:


six-story BARBIE emporium!!!

Before sampai Shanghai lagi, mmg RedBerry dah plan nak pegi sni. Pernah tgk Oprah, and masa tu ada segmen pasal Barbie emporium ni. Rupanye ada kat Shanghai jer. Alang2 dah dapat pegi sana, why not? Usha2. :D Masuk jer, RedBerry terlompat2 mcm budak2 kecik. Mr RedBerry layan jer la. Kalau uols ada doters yg suka Barbie, sila la bawak duit byk2 nye, or pakai la credit card coz ada Barbie doll yg ala2 Miss Universe punye version it costs almost RMB2,000. For us.. ermm around RM1k la jugak! Baik beli handbag :P

Jom tgk pics dlm tu:

Banyak nye!!!!

At the first floor

Kalau masa kecik, dapat semua ni?

Tangga bentuk spiral

Barbie and Ken

Tapi RedBerry tak sempat pegi semua floor coz Mr RedBerry dah nampak bosan teramat. Ok fine.. since dah amik gambar segala bagai, we all amik cab terus pegi ke Qipu Lu.

To be continued.....

Till then... zai jian!
RedBerry



7 comments:

mzhany said...

title sepatutnya part 111 kan...hehehe


ha psl kedai barbie tuh, selalu gak dpt emel...huhu rupenyer betol eh igtkan tipu jer...hohoh blehlak tak percaya kan...

RedBerry said...

Hehehe.. mmg part three tapi RedBerry dah buat date kat situ. This was the second day. So back to Part I tapi for the second day lor. :) Nanti kalau Hany ada doter, bawak anak ke sini la. Tapi prepare duit la ek. :D Masuk kat sni mmg trasa nak beli semua, siap ada counter boleh pilih2 baju tuh.

H A N S said...

weehooo..mmg hepy sgt muker RB jalan2..best3!!

Hanis MY said...

huiiyyooo posing sakan i likeee! bestnyaaa nk g jugak tempat barbie tu sooo comel...

RedBerry said...

Hani : mmg happy habes. Kata first time pegi sana. Jakun ler :P

Hanis : First time nampak Barbie yg begitiewwwww byk and cantik2 and lain2... jadik budak2 la kejap time tuh. :D

sekamar rindu said...

salam...

singgah sambil follow ur blog,,

***19

RedBerry said...

sekamar rindu... sile2. thanks, laling.