Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu.... makes me cry a river!

Bonjour! Comment allez-vous?

::Ombak Rindu::

Source: Google.com ... thanks.

Kat mana2 org dok sebut pasal Ombak Rindu. Mula2 RedBerry a bit sceptical pasal filem ni, yelah coz RedBerry tak tahu pasal wujud nye novel ni *hentak dahi kat dinding*... and tajuk pun OMBAK RINDU... tak paham betul lah. Ombak.... rindu...... ermmm.....

TAPI.... biler kat dlm FB kawan2 dok bising sgt pasal citer ni esp my frens yg selalu nye tak suka tgk Malay movie, tetiba dok cakap best pasal Ombak Rindu ni.... of coz la RedBerry wonder kan. 

Kalau dah wonder, of coz la RedBerry kena tgk sendiri. Last nite, MRB nak jumpa kawan2 dia, mesti lama. So MRB suggest RedBerry pegi tgk citer Ombak Rindu ni sorang2. Ermmm... pk2 balik ok gak. Dari dok melangut tepi dia sembang ngan kawan2 dia, baik layan citer ni sorang2.

MAKA............. bermula la episod RedBerry demam OMBAK RINDU!!!!!

Giler lah citer ni! RedBerry nanges bagai. Nasib bawal shawl... habes hingus2 melekat kat shawl... hahaha.. naper nanges? Imagine la... story line mmg sedey... lagu2 dlm citer ni semua nye touching tahap dewa.... Aaron Aziz super sexy, hot and romantik sesgt...... Maya Karin, this is her best performance so far (at least for me lah kan...)..... cinematography mmg superb.... pelakon2 lain pun, takde sorang pun yg kayu.... u know what i mean? So... What a good combo, rite? 


STORY LINE

Izzah (Maya Karin) ni ustazah, cikgu yg mengajar mengaji kat kampung. Parents dah meninggal and tinggal ngan uncle & auntie dia. Auntie dia sakit cancer and needs some money for her treatment. Uncle dia, Pak Taha (Farok), sgt lah kejam and suruh Izzah ikut dia ke KL. Kata ada keje for her. Sekali dia jual Izzah kat kelab, jadi pelacur. Hariz (Aaron Aziz) yg playboy, kaya, sombong and hensem itiewwww jadi customer Izzah, and terus beli Izzah from pusat pelacuran tuh, jadi perempuan simpanan dia. 

Kejam jugak la si Hariz ni. Dia layan Izzah mcm pelacur and org gaji. Izzah ni pasrah, tapi dia taknak hubungan tuh haram, dia merayu Hariz nikahkan dia, so that apa yg mereka buat tuh halal di sisi Allah. Hariz setuju nikah Izzah dgn syarat Izzah tak menuntut hak sebagai isteri mcm org lain, and tak bagi tahu sesapa. (sedey la part ni.... kesian Izzah....). 

One fine day, tetiba Izzah muntah2 and pening. Hariz ingat dia pregnant. Punye la dia dok tolak Izzah dlm toilet and tengking suruh gugurkan kandungan tuh, sekali Izzah (dgn sore dah tak larat) cakap dia tak pregnant, tapi dia period and mmg selalu muntah2 and pening. (argghhhh kesian lagiiiiiiiiiiiiiiii kat Izzah......). Hariz mcm regret la coz dok maki hamun si Izzah padahal Izzah tak bersalah pun. Izzah ni mmg tabah and setia pada suami. Selalu layan Hariz dgn lemah lembut.  Lama2 Hariz jatuh cinta kat Izzah!!!!!! Part ni mmg dah tangkap best!!!!

Tetiba, si Mila Amylia (Lissa Surihani) balik from oversea (dia ni actress and model kat M'sia), and heboh satu malaya yg dia akan kahwin ngan anak jutawan a.k.a Hariz. Mila ni seorang yg tak sabar, annoying, mengada and all... tapi one thing abt her yg mmg buat org kesian, dia cinta kan sgt Hariz... tapi Hariz tak membalas cinta dia. Kesian jugak... Tapi Dato' Sufiah, mak Hariz... paksa jugak kahwin ngan Mila atas dasar business. Maka dgn hati tak brapa nak rela.... Hariz kahwin ngan Mila.

Hati Izzah remuk... ye lah, sapa tak sakit tgk suami kena rampas ngan pompuan lain. Part ni pun boleh tangkap nanges. Mila tak tahu yg Izzah ni madu dia. Dia dok tuduh org lain. Masa Hariz accident, Dato' Sufiah halau Izzah, and buat fitnah kata Izzah ada lelaki lain. Harriz jumpa Izzah kat rumah Pak Dollah, maki hamun Izzah and kata Izzah perempuan sial (argghhhhhhhhhh time ni, RedBerry nanges tahap dewa)... Hariz 'gantung' kahwin Izzah and tinggalkan Izzah yg tgh pregnant! 

Lepas pak dollah pegi tampar bagai si hariz ni and kasik tahu hal yg sebenar, baru lah Hariz sedar yg mak dia tuh yg buat hal. Hariz nanges.... RedBerry pun nanges!!! That day jugak Mila tahu, Izzah tuh madu dia....... 

Apakah kesudahan nye...... ????? jeng jeng jeng................ 


THE MAIN CAST:

Aaron Aziz - Hariz
Maya Karin - Izzah
Lisa Surihani - Mila Amylia


Frankly, Lisa Surihani tak sesuai bawak watak Mila yg arrogant, pushy and suka mengamuk2. In my opinion, kalau Fasha Sanda bawak watak ni, berkesan.... or Tasha Shila (yg belakon dlm Tentang Dhia tuh). Owh.. sapa la yg make up Lisa? Rasa nak kasik pelempang. Tak pandai langsung make up. Takkan la anak Tan Sri, make up mcm budak baru belaja pakai eyeshadow? hello??

Maya Karin mmg best dlm citer ni, RedBerry boleh rasa sedih, pedih hati Izzah. Cuma pelat dia tuh tak sesuai ngan watak Izzah gadis kampung. Rasa nye kalau Fazura bawak watak ni, lagi berkesan lah. Tapi Maya Karin, love you! This is your best performance ever!

Aaron Aziz, mmg tiada ganti. Mmg sesuai sgt dgn watak Hariz. Transition from playboy and jahat to baik and sweet, mmg boleh feel lah. Kalau Aaron Aziz tak amik watak ni, rasa nye kalau kasik kat Ady Putra pun, power jugak, esp kalau part romantik.... mmg cair... apa2 hal, Aaron Aziz, u touched my heart in every single scene.


SOUNTRACKS
For me, kalau takde OST, mmg takleh nak feel sgt la citer ni. Tapi Osman Ali ni pandai la.... biler part sedey jer, dia letak lagu2 syahdu.... mana tak tangkap leleh, beb? Nanges habes satu panggung. Kiri kanan dok sok sek sok sek nanges.... i bet guys pun ada yg kontrol air mata... *grin*

Jom layan OST dlm Ombak Rindu:

#1 - OMBAK RINDU - Adira and Hafiz (AF)
Lagu ni sesuai luahan hati Izzah utk Hariz... and Hariz utk Izzah





#2 - UNTUK KAMU - Hafiz
Lagu ni sesuai masa Hariz nak luahkan perasaan dia pada Izzah.... tapi masa RedBerry tgk citer ni, mati2 ingat sore Maya Karin yg nyanyi lagi ni.. rupanye Hafiz (AF)!!! good job!



#3 - LARA LAGI - Adira
Lagu ni luahan hati Mila utk Hariz..... mmg la Mila tuh annoying... tapi kesian dia, coz dia sayang sgt kat hariz, tapi bertepuk sebelah tangan.



COMMENTS from RedBerry:
This is based on my own personal view after dok nanges and gelak sorang2 masa tgk movie ni ok. Betul ke idak tuh, uols kena tgk sendiri and make ur own judgement. 

Part yg best and sweet sgt:

1. Masa kat rumah, lepas Izzah tolong bukak kan kasut, Hariz try nak peluk cium Izzah. Izzah tahu tuh haram and dia tak rela. Masa kena paksa tuh, Izzah berdoa, "Ya Allah, tolong lindungi aku.... tolong lindungi aku..." Hariz dengar, terus tak jadi... terus amik rokok....hahahha part ni lawak. 

2. Hariz and Izzah kahwin kat siam, takde hantaran. Hariz bagi jam tangan dia kat Izzah tanda hantaran. Izzah senyum jer and said, "nanti En Hariz takde jam, takpe la, saya pun nak bagi jugak jam tangan saya sebagai hantaran. Walaupun tak seberapa, harap En Hariz terima" ... cute!!!

3. Hariz prasan Izzah suka sgt kucing. Dia tanye nak apa kucing tuh. Izzah jawab COMEL. Hariz buat muka, "Comel? Takde nama lagi moden ke?". Izzah jawab, "dulu kat kampung nama kucing saya Comel, tapi dah meninggal." Hariz terus.... "owhhh, suka hati ko lah, Comel pun Comel lah".... hahhaha cute!

4. Hariz tegur Izzah, "Takde baju lain yg elok skit ke? Sedap skit mata aku ni? Ni pakai mcm pembantu indonesia!" .... hahahhaha lawak giler time nih.

5. Part masa Hariz baru balik umah, and duduk atas sofa. Masa Izzah pegi amik air and kuih for tea time, sekali tgk Hariz dah terlena atas sofa. Izzah pegi duduk tepi sofa tuh, and lentok kan kepala dia atas dada Hariz... Hariz tersedar and gently caressing her hair.... part ni kita dapat feel yg Izzah mmg sayang Hariz. sweeettt sgt part nih!!!

6. Hariz tolak Izzah dlm toilet and mengamuk, tengking2 Izzah and cakap dia tak layak ada zuriat Hariz. Izzah dah terjelepuk kat tepi dinding and dgn sore yg slow, "En Hariz... saya tak mengandung. Saya mmg selalu pening2 muntah2 mcm ni kalau dtg bulan...." argghhhhhhhhhhh rasa geram giler kat hariz time ni! Just imagine kita tgh period, kena tolak, tengking bagai, tak ke sakit.... aduihhh.... 

7. Masa Hariz cakap dia akan jadi pelindung Izzah buat selama-lamanye kat tepi pantai..... time ni sweet sgt.

8. Masa kat office, Hariz kenyit mata kat Izzah sebelum dia follow belakang mak dia yg dah hangin ngan Izzah.... Aaron buat i cair lah....!

9. Masa Hariz cakap dia miss Izzah after dah lama tak jumpa, after dia kahwin ngan Mila. Masa ni Hariz nanges, RedBerry pun nanges.

10. Masa Hariz maki hamun Izzah.... Izzah nanges and tak sanggup dengar Harriz panggey dia perempuan sial. Masa ni RedBerry pun nanges.

11. Mila cakap, "Cinta itu kejam".... Izzah jawab balik, "Cinta itu tidak kejam. Cuma manusia tidak pandai menghargai cinta".... perghhhhh.... so true....

12. Masa Izzah and Mila kat tgh2 bendang. Izzah kata, "saya reda bermadu..." Mila kata, "Reda..... Reda itu ikhlas!.... Pasrah itu menyerah....!"

13. Suka make up Maya Karin, soft and natural. Thumbs up.

Sgt cantek...... 


Part yg tak brapa nak best:

1. Mila mengamuk2, menjerit2..... sore Lisa terlalu nyaring. Rasa sakit  and bingit sgt. 

2. Dato' Sufiah (Azizah Mahzan) buat ala2 dato' tak dato', datin tak datin. Cara cakap bukan nampak ala2 org kaya yg arrogant tapi more tuh.... org kaya yg gedik. Entah la.. tak sesuai ngan watak tuh for her. Rasa nye kalau amik mak zizie izette lagi menjadi.

3. Rumah Dato' Sufiah cuma rumah kayu. RedBerry dok imagine mahligai yg tersergam indah. Ye lah kata jutawan, pemilik Sufiah Cemerlang Holding ke apa entah company tuh. RedBerry kot terlebey2... hahaha

4. Watak Mail (Bront Palarae), rasa nye mmg watak sampingan sgt. Kesian Bront. Patutnye dia dapat watak lagi power. He's one of the most talented actors in Malaysia ok! Dapat watak camni, mcm nak downgrade dia jer... patut nye amik jer org lain yg tak brapa nak glamour. Apa2 hal pun, thumbs up to Bront. Lakonan bersahaja.

5. Scene accident yg tak brapa nak menjadi. Kereta Hariz cuma masuk longkang or something like that kat Cameron Highland. Tak nampak cam remuk ke apa kete tuh. Sekali biler scene kat hospital, Hariz dah patah sana sini, leher kena balut bagai... tak paham lah. Pulak tuh, handphone dia siap hancur masa accident. Ermm.... part tuh mmg tak logic. 



6. Make up Mila.... RedBerry tak suka. Anak Tan Sri patut nye make up elegant. Kalau nak nampak evil pun, patut nye makeup la nampak dark and sexy, bukan nye make up ala2 budak sekolah baru nak belaja letak makeup. Tension tgk! Lisa yg lawa tuh, tak nampak lawa dlm ni... uwaaa

7. Hariz ada kasut putih tuh jer ke? Takde kasut lain? Asyik pakai kasut putih tuh jer..... kata anak jutawan?

8. Tudung Maya Karin ada yg lawa ada yg tak menjadi. Kdg2 RedBerry tak paham fesyen apa tu... tapi mmg pelik. Nasib Maya Karin mmg lawa, so takdela spoil sgt. Bukan ke org kampung pun pandai pakai tudung kemas and matching??? well... that's just my 2 cents.


Ratings:
Story line - 9/10
OST - 10/10
Cast - 8/10 ... thanks to Aaron Aziz and Maya Karin.
Tangkap leleh - 10/10

Overall, thumbs up to all the OR cast esp. Aaron Aziz and Maya Karin. You guys really make me cry a river! 

Uols... pegi la tgk reramai, esp for those yg telah menjadi seorang isteri, mesti dapat menghayati lebey lagi citer ni. Hati seorang perempuan.....

Hariz and Izzah

p/s: Cinema full house ok.... and surprisingly, ramai giler makcik2 and pakcik2.... and they all pun nanges sama. Ermm... nak beli ke idak novel Ombak Rindu?

Ok la. See ya in my next entry!

Till then.... a bientot!
RedBerry


2 comments:

Joy said...

tak tertengok lagi...tp peminat setia novel nye dulu2 :)

RedBerry said...

Hey Joy!!

Happy New Year, laling! Tgk la... dah ada kat Astro First pun. Tapi kalau dah baca novel, rasa nye mesti tak puas hati coz byk scene yg tak de.